HANZALAH Pengantin yang Syahid

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. Menyampaikan,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesiapa yang terbunuh k...

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. Menyampaikan,: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan siapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid ”. (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Salah seorang sahabat serta jurutulis Rasulullah SAW yang terkenal ialah Abu Hanzalah bin Ar Rabie. Ketika peperangan Uhud meletus beliau baru saaja menikah. Oleh itu Rasulullah mengecualikan beliau dari turut serta ke medan peperangan. Inilah caranya Rasulullah menghormati para sahabatnya.
Namun ketika Hanzalah terjaga dari tidurnya, kemudia ia mendengar genderang peperangan berbunyi begiti kuat, dan melalui sahabatnya ia mengetahui bahwa kaum Muslimin akan melakukan peperangan yang besar dan hebat dan dalam keadaan yang genting.

Tanpa membuang waktu dan berpikir panjang Hanzalah langsung mengenakan baju perang dan membawa perisai serta pedangnya. Ia bergegas menuju medan pertempuran tanpa memperdulikan bahwa ia memiliki hadas besar [Mandi Junub]

Terjadilah pertempuran yang begitu hebat dan banyak dari kalangan tentara Islam telah menjadi syuhada. Pihak musuh yang menyerang dari belakang barisan kaum muslimin telah mampu mematahkan pertahan dan akhirnya Hanzalah menjadi bagian dari barisan orang-orang yang dimuliakan Allah dan Rasul Nya. Itulah bagian yang diambil Hanzalah dalam ke Islamannya dengan syahid dalam keadaan sujud.

Suatu fenomena yang sangat mengagumkan dan perlu menjadi impian setiap jiwa-jiwa kaum muslimin adalah Rasulullah SAW telah melihat mayat Hanzalah dimandikan oleh para malaikat seperti mana sabdanya yang bermaksud: “Aku nampak antara langit dan bumi para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air awan di dalam dulang perak.”

Para sahabat tercengang-cengang mendengar perkara ini. Salah seorang dari mereka, Abu Said Saidi lalu pergi melihat mayat Hanzalah. Wajah Hanzalah kelihatan tenang. Dari rambutnya kelihatan titisan air berlinangan turun. Sungguh beruntung Hanzalah mendapat layanan yang begitu istimewa dari malaikat. Tidak pernah berlaku dalam sejarah seorang syahid dimandikan dengan cara yang luarbiasa ini. Malahan matinya sebagai syuhada menjadikan ia sebagai penghuni syurga tanpa dihisab.

Subhanallah semoga dari perjalanan hidup Hanzalah bisa mampu menginspirasi kita dan tetap istiqomah dalam perjuangan berat nan mulia ini. [@Sands_Alfatih]

Related

Sejarah 5317883427584899682

Posting Komentar

Silahkan Isi Komentar Dengan Bijak

emo-but-icon

item